CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, August 5, 2008

Anda mesti tahu apa anda nak capai, atau apa impian anda. Mengetahui kehendak hati anda, memudahkan anda mengenal pasti impian anda.Masalah, adakah anda mengenali impian anda? Cuba anda tutup mata anda sekarang. Saya maksudkannya Dan bayangkan apa yang anda nak pada saat iniAnda yang sedang lapar, mungkin tengah bayangkan makanan.Pelajar yang homesick, mungkin terbayangkan ibu dan ayah di rumahSeorang pekerja yang tidak bercuti selama setahun, mungkin terbayangkan resort dan suasana tepi pantai yang menyenangkanSeorang peniaga, mungkin membayangkan ramai pembeli hari ini>Secara jujurnya, ini memang terjadi. Tetapi jika saya tanya, apakah yang anda impikan di dalam hidup anda?Ramai yang akan diam. Ada yang tengok orang lain dan tunggu mereka jawab dulu, baru mereka jawab. Ada yang tiru jawapan orang lain. Cuma segelintir yang akan menjawab dengan bersungguh! Ada pula YANG TAK TAU APA DAN DIAM SAJA.Ini membezakan orang yang kenal impian hidup mereka dengan yang tidak. Orang yang menjawab dengan bersungguh adalah yang tahu impian mereka. Yang diam langsung tidak tahu mengenainya. Yang memberi jawapan lambat-lambat sahaja, mungkin cuma sekadar menjawab persoalan itu tadi.Anda bagaimana? Kenal tak impian anda? Anda je yang tahu Salam Kejayaan

Pisau seraut dua tiga,
Letak di peti di dalam perahu,
Dalam laut boleh di duga,
Dalam hati siapa tahu.

Monday, May 12, 2008

Renungan kehidupan

"Lebah terpaksa berulang alik sebanyak 35,000 kali untuk menghasilkan sepaun madu. Dalam setiap sarang terdapat lebih 30,000 ekor lebah dan setiap seekor menjalankan tugas masing-masing tanpa ada yang ponteng...RENUNGKANLAH..."